Sunday 1 July 2012

PENGENALAN KEPADA AIR FILTER REGULATOR

PENERANGAN

Sistem pnumatik merupakan suatu sistem kawalan yang mengunakan udara termampat sebagai medium pemindahan kuasa.Udara termampat ialah udara biasa yang telah dimampatkan menggunakan pemampat udara kendalian motor elektrik.Udara yang termampat mpunyai tekanan yang lebih tinggi daripada udara biasa,lebih anjal,boleh mampat dan berkemampuan menyerap tenaga upaya yang banyak.Disebabkan ciri-ciri ini,ia amat sesuai digunakan sebagai medium permindahan kuasa di dalam sistem pnumatik.Sistem pnumatik juga dikenali sebagai sistem udara termampat.

CONTOH PENGGUNAAN UDARA TERMAMPAT

1. Industri pemasangan komponen elektronik
2. Mesin memproses makanan
3. Gerudi Pnumatik
4. Penyemburan Cat
5. Enjin jet
6. Motor udara

Di antara kebaikan sistem pnumatik di dalam industri ialah:
  • Mudah diangkut untuk jarak yang jauh dan mudah disimpan iaitu kebolehpadatannya tidak terbatas.
  • Udara tidak tertakluk kepada suhu dan menyebabkannya tidak mudah terbakar.
  • Halaju udara boleh diubah.
  • Ia dapat memberi sambutan yang cepat untuk memulakan dan memberhentikan kawalan.
  • Udara tidak memerlukan aliran balik.
  • Udara adalah bersih dan kebocorannya tidak akan mencemarkan pesekitaran.
  • Isipadu udara rendah menyebabkan pergerakannya lebih maju daripada  minyak.
  • Komponen sistem pnumatik mudah dibina jika dibandingkan dengan sistem lain.
  • Kos pengoperasian yang lebih rendah kerana udara adalah percuma.

Sistem pnumatik juga terdapat keburukannya iaitu seperti:

  • Memerlukan sistem penyediaan yang rapi dan teliti
  • Mengeluarkan bunyi yang agak kuat
  • Keperluan dayanya terhad iaitu hanya daripada 2 hingga 3x10 N.
  • Kebolehmampatannya tidak dapat menghasilkan kelajuan omboh yang malar(sekata) dan seragam.


PRINSIP ASAS SISTEM PNUMATIK

  • Sistem pnumatik yang ringkas,mengandungi pemampat,pengering dan penyejuk,penapis udara,pengatur tekanan,alat pelincir,injap kawalan berarah,penyenyap,injap kawalan aliran dan selinder.Berikut adalah fungsi komponen-komponen tersebut secara ringkas:
PEMAMPAT



.